Malam tadi suami saya dilamar oleh rakannya untuk join bisnes. Suami pun menyampaikan kepada saya apa yg didengar dari rakannya. Saya pun dengar jugak lah dengan tekun apa yang bisnes tu tawarkan. Tapi akhirnya, saya lebih kepada seronok melihat cara suami saya bercakap tu. Tak sangka pulak saya, hebat gak suami saya punya presentation skill ni, baru sekali dgr dari kawan dia, saya tgk macam dah faham bebeno selok belok bisnes tu. Kalau tambah lebih ilmu ni, for sure lebih mantop! Dalam pada dia pendiam tu, tersimpan rupanya skill tu. Terbaik!!
Dalam hati, saya kagum dengan rakan suami saya yg ada inisiatif utk perbaiki ekonomi dia dan keluarga. Selain inisiatif, dia juga ada usaha nak dapatkan kejayaan tu. Sebagai salah seorang 'MLM'er juga, saya faham benarlah mcm mana perlunya ada keberanian dan ketebalan muka nak memulakan usaha terutama bab ajak kawan secara bersemuka. Bukan senang! so saya tabik dengan kawan suami ni!
Saya juga faham dan dapat rasa kegembiraan dan kepuasan yang rakan suami tu dapat SELEPAS dapat berjumpa dan bercerita tentang bisnes dia tu!!! Seronok weh!! Itu belum lagi close deal. Kalau close, lagi la melonjak2 lagi kesukaan!! Serius!!! Ok ni maybe saya akan stori dalam entry lain, pengalaman semasa pertama kali bersemuka dengan prospek dan close deal!!! Ohhh heaven!! Stay tune ye!!
Sebenarnya, saya bangga dengan suami saya yg sudi mendengar bicara rakannya tu. Maklum le, bukan semua orang sudi membuka hati walaupun cuma untuk mendengar sahaja, kan? Hehehe.. Well, been there, done that kekdahnya huhu! Saya dulu2 pun ada gak rasa berat bila kawan2 ajak gebang bisnes. Tapi sejak saya sendiri pun berbisnes, saya faham, keterbukaan kita untuk HANYA MENDENGAR pun sebenarnya MENOLONG rakan tu. Macam mana?
Ia umpama kita beri dia 'latihan' ala2 on the job training. Secara tak langsung, kita menambah keyakinan rakan tu untuk bertemu dengan prospek seterusnya.. InshaAllah menambah rezeki dia sekeluarga walaupun bukan dengan penyertaan kita. Sesungguhnya itu sangat berharga.
Kita sendiri, sebenarnya dapat juga timba ilmu, luaskan pengetahuan kita dengan melihat cabang2 pendapatan tambahan dan melihat kegigihan orang lain yg mungkin dapat kita tiru. Aahhh memang rasa seronok dapat fikir dari sudut berbeza.. Lapang dada, Alhamdulillah..
So, lepas dh habis cerita, suami tanya saya.
"Camne, nak tak?"
Amboii memang power hasben saya ni! Siap ada soalan untuk close deal!! Soalan padu, hendak atau tak?? Soalan yang jujur, yang selalunya sukar nak keluar dari mulut seorang beginner!! Cayalah suamiku seorang not-yet-a-beginner ni!!!
Ok. Jawapan saya? Well, walaupun 'sebenarnya dia suami saya' (#Ehmacamtajukdramaje), keputusan saya bukan atas dasar bias mahupun kroni ye. Ini jawapan jujur saya.
"Produknya bagus, boleh la kita try."
Dalam hati pula saya sambung, "Tapi bisnesnya, saya masih nampak Shaklee lebih bagus"
Ha!!! 50-50 gitu jawapan isteri solehah kan.. Biar la suami ada experience rejection by own family.. Baru la kebal masuk mana2 bisnes pun! Suami senyum je dengar jawapan saya... Tatau la senyum tu kenapa.. Happy kot dapat close half deal pada sesi latihan ni.
Hubungi saya!! We will talk about bisnes, ok?
Fara 0192390107