Salam Isnin semua!!! Pagi Isnin ni jom ceria-ceria supaya sepanjang minggu kita akan jadi ceria!! *ni sebenarnya yg selalu keluar dari mulut bapak mertua saya haha... Rutin dia, pukul 6.30 pagi, dia balik dari surau, terus tuju ke meja makan utk sarapan, dan dia expect semua orang dah bangun utk sama2 bersarapan. Masa sarapan tu, dia akan cakap "pagi2 mestilah ceria ceria!! Kalau monyok2 nanti seharian tak ceria!" Dan cucu2 dia pun akan senyum dan ketawa.. Pagi yg ceria!!! Saya suka dengan suasana positif macam tu. Alhamdulillah suami dan anak2 saya pun jenis mudah bangun awal dan bersarapan dengan ceria! Keceriaan di minda mmg mempengaruhi wajah sekaligus menyihatkan badan!
Bercakap pasal wajah, saya suka nak berkongsi perkara yg berkaitan dengan wajah. Memandangkan bulan ni Shaklee ada promosi Shaklee Collagen Powder, apa kata saya kongsikan 8 tanda2 yang sebenarnya memberitahu kita yang kolagen sudah mula berkurangan di dalam badan kita! Sebelum tu, secara amnya, kalau kita dah berumur 30-an (macam saya hehe), biasanya memang dah mula lah kolagen perlahan2 berkurangan dari badan. Lebih teruk lagi, dah le kehilangan sebab umur, tambah pulak lagi kehilangan disebabkan persekitaran seperti makanan, pencemaran udara, pendingin hawa dan asap rokok jua!!
Ramai jugak yg dalam mode 'in-denial' kata mereka tak perlu risau dengan kehilangan kolagen, kerana badan boleh mengeluarkan kolagen sendiri tanpa bantuan supplements. Memang betul tu. Saya setuju. Namun begitu, dengan faktor2 yg saya dah sebut tadi, pengeluaran kolagen oleh badan sebenarnya tidak lagi optimum berbanding dengan kehilangannya. Pengambilan supplements seperti shaklee collagen powder dan vitamin C inshaAllah membantu menggantikan kolagen yang hilang dan juga menggalakkan pengeluaran kolagen oleh badan. (Vitamin C adalah penggalak utama kepada pengeluaran kolagen)
Berbalik kepada tajuk, berikut adalah 8 tanda-tanda biasa yang memberitahu kita bahawa badan kita mengalami kekurangan kolagen (collagen deficiency):-
- Keluar garis-garis halus didahi.
- Parut jerawat dan luka semakin lambat hilang atau tak hilang pun.
- Lebam bawah mata (panda eyes) semakin jelas kelihatan dan garis2 halus di tepi mata juga mula muncul
- Kesan kedutan bantal yang berbekas di muka ketika bangun tidur, lambat hilang.
- Solekan dimuka semakin sukar, kerana make up makin susah nak blend dengan complexion muka, mungkin disebabkan pori yg besar, parut dan garis2 halus di muka menjadikan tona warna tidak sekata dan pemakaian alat solek lebih sukar.
- Pipi jatuh dan dagu mula berlapis.
- Garis-garis di leher semakin dalam dan jelas kelihatan.
- Garis2 halus selepas bergelak ketawa mula kelihatan.
Ha!!! Sedikit demi sedikit mmg kita semua akan merasai semua tu.. Bila fikirkan semula, memang kita boleh je ignore dan kata "ala, apa salahnya jadi tua... Kalau dah lumrah alam mcm tu.. Hmmmm.. Sekali lagi saya setuju tu. Tapi semua itu adalah tanda-tanda yg nampak. Tapi, yg kita lebih risau ialah yg tak nampak. Maksud saya, bila kurang kolagen tang wajah tu kita boleh lagi kompromi kot.. Tapi kalau kurang kolagen tu ganggu kesihatan kita secara keseluruhan, macam mana? Sebabnya, hampir 20-35 peratus struktur protein dlm badan kita adalah kolagen!!! Kolagen ada di mana2 saja dalam badan, bukan kulit je. Sendi, tulang, otot, rambut, kuku.. Semua perlukan kolagen.. So kalau berkurang, mmg efek satu badan kot!
Oleh itu, boleh la rancang dari awal bab2 nak top up kolagen.. Sama ada amalkan makan vitamin C setiap hari, atau ambil juga collagen supplements macam Shaklee Collagen Powder!!!
Ok sekian dulu kali ni!! Jumpa lagi lain kali ye!!! Hubungi saya kalau nak tanya2 pasal kolagen atau produk2 shaklee lain!
Salam Ceria!!
Fara 0192390107