Quantcast
Channel: hai! selamat datang ke blog saya!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 195

ESP - Protein Asli, Bebas Kolesterol dan Rendah Lemak

$
0
0
Salam Rabu!!

Hari ni saya nak tulis tentang salah satu produk Shaklee yang paling banyak permintaan di kalangan customers dan kawan-kawan saya .. tak lain dan tak bukan ialah, Energizing Soy Protein atau dalam bahasa melayu, Protein soya pemberi tenaga! haha panjang nyer! tapi di kalangan penggemarnya, ia dikenali dengan ESP sahaja! :-)


Mula-mula, meh saya stori mori pasal apa itu PROTEIN? 


kita dok sebut-sebut protein selalu kan... tapi apo kobondo ek protein tu? protein ni adalah zat yang membantu untuk meningkatkan metabolisma dalam badan bagi membolehkan lemak-lemak dibakar dalam kuantiti yang banyak. Ia memberikan tenaga kepada badan dan ia digunakan untuk membina otot-otot dan organ badan. Protein juga dikenali sebagai MAKANAN KEPADA SEL-SEL badan kita.... 


Ha gitu.


Rasanya tu explanation paling simple. Saya memang kena yg simle2 jek.. takleh nak digest kalai too heavy hahaha! harap2 tak la susah nak difahami kan? senang kata, protein sangat penting untuk kesihatan lah... kalau takde protein kira macam diet kita tak seimbang gitu. 


Protein ada yang dari tumbuhan, ada yang dari haiwan. Biasanya orang sebut ikan la sumber protein kan.. tapi tumbuhan2 macam kekacang pun ada protein... cuma protein haiwan protein lengkap.. protein tumbuhan protein tak lengkap.


Kecuali satu. SOYA. Soya adalah protein sumber tumbuhan yang lengkap. 


Tak macam protein haiwan yang mengandungi kolesterol dan lemak (dari daging) dan juga bahan pencemaran lautan (dari ikan), protein soya adalah sangat rendah lemak, dan bebas kolesterol! yey! memang itu lah kelebihan protein soya!

tapi, soya yang macam mana? sebarang soya ke? TAK!... ingat ye, bukan semua soya adalah soya asli... dalam dunia yang berteknologi tinggi ni, soya adalah salah satu makanan yang banyak melalui pengubahsuaian genetik. 


Ha, apa pulak pengubahsuaian genetik? 



OK. dalam bahasa inggeris,  termnya ialah GMO (genetic-modified-Organism). Ia merupakan makanan yang dihasilkan daripada organisma ubah suai genetik dengan mengubah gen tumbuhan (atau ternakan) untuk tujuan yang tertentu, biasanya untuk menghasilkan tanaman tahan racun perosak, virus, serangga, meningkatkan jangka hayat, meningkatkan pengeluaran ataupun meningkatkan nilai nutrien tanaman dan ternakan. 


Senangkata, Makanan/tumbuhan/ternakan yang dah melalui pengubahsuaian genetik ni, bukan lah original.. walaupun tujuannya mungkin baik, tapi kesan jangkapanjangnya masih tidak dapat dikenalpasti dan ditakuti mendatangkan kesan buruk.. wallahu'alam...


Kita mesti lah nak yang asli, kan?


Ha, ESP lah tu! ESP memang dijamin, datang daripada Non-GMO soya.. memang ditanam dengan kaedah asli, dan melalui kitaran pertumbuhan yang natural.. untuk memastikan keselamatannya daripada kesan-kesan jangkapanjang yang tak diketahui...


Kenapa perlu ESP?



Ini pengalaman saya sendiri ye, biarlah point nampak sikit, tapi saya selesa bercakap berdasarkan pengalaman, inshaAllah....

  • ESP memberi kenyang lebih lama berbanding karbohidrat
  • ESP tidak menambahkan lemak, tapi menambahkan otot (berat badan mungkin tak berkurang, tapi badan lebih slim dan sihat)
  • ESP membantu saya ketika dalam pantang dan dalam penyusuan anak semasa bayi sehingga 2 tahun, dengan membantu hasilkan susu yang pekat dan sedap! hasilnya, baby lebih sihat
  • ESP membantu saya memberi kulit yang lebih sihat (ini memang logik, sebab protein adalah sangat perlu dalam pembentukan kolagen dalam badan yang memberi kuit yg sihat)

Masa bila saya ambil ESP?


Bila2 sahaja, tapi paling seronok ialah masa breakfast atau between meal.. tea time tu ke, rilex2 sambil bancuh ESP bersama minuman kegemaran.. saya suka minum rasa original je, bancuh dan mix dengan oat... memang sedap dah tu pada saya... :-) cubalah!

Shaklee ESP
memang heaven minum ESP sambil relaxing macam ni. huhu

Semoga apa yang saya kongsikan ini, memberi manfaat kepada semua pembaca, dan kalau sedang bercadang mahu memulakan diet seimbang, saranan saya, pilihlah protein yang asli dan selamat seperti ESP ni...

Nak beli ESP? Mudah je, Klik je kat sini... boleh terus beli, dan penghantaran akan diuruskan terus dari Shaklee.. selamat sangat transaction ni..

atau

Hubungi saya untuk sebarang maklumat dan pertanyaan ESP atau tentang sebarang produk Shaklee.. inshaAllah saya bersedia membantu :-)


Salam ceria! :-)
Fara 0192390107

Viewing all articles
Browse latest Browse all 195

Trending Articles